SEMINAR CELIK SAHAM PATUH SYARIAH DI U.S MARKET : USD ANDA BERMULA DI SINI!

SEMINAR CELIK SAHAM PATUH SYARIAH DI U.S MARKET

“USD ANDA BERMULA DI SINI!” 



Tarikh: 27 DISEMBER 2025 (SABTU)

Masa: 9:00 pagi – 1:00 PETANG

Lokasi: BILIK SEMINAR 
BANGI GOLF RESORT
BANGI, SELANGOR

TEMPAT TERHAD!!!
YURAN RM1099 RM99 SAHAJA UNTUK ANDA BELAJAR JANA PROFIT USD DARI RUMAH!


Realiti hari ini... Harga barang naik, gaji tak bertambah banyak, kos hidup menekan… Kalau anda hanya bergantung pada satu sumber pendapatan, itu ibarat berjalan di tepi tebing – tunggu masa untuk jatuh!


Program ini akan bongkar dari A sampai Z cara untuk jana pendapatan tambahan dalam USD melalui pelaburan saham patuh syariah di U.S market – walaupun anda langsung tak pernah trade saham sebelum ini.


Jika tidak hadir, anda mungkin:

  • Terus hidup cukup-cukup makan tanpa simpanan kukuh.

  • Rugi peluang jana income USD di pasaran saham U.S yang lebih besar dan pantas berkembang.

  • Mudah terpedaya dengan skim cepat kaya dan penipuan kewangan.

  • Menyesal tengok rakan lain bebas kewangan, sedangkan anda masih di tempat yang sama.


Tenaga Pengajar Hebat:

  • Md Hasrin Md Hassim – Mempunyai. 30 tahun pengalaman dalam dunia pelaburan. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam pelaburan institusi & runcit adalah Mantan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.


  • Dr. Rafidah Abdul Aziz – Pencipta indikator EPRAF iaitu alat yang digunakan untuk meramal pergerakan harga saham. EPRAF Indicator telah digunakan oleh lebih dari 1000 pedagang. Beliau juga dilantik sebagai Marketing Reprentative (MR) Webull Malaysia.  Beliau aktif berdagang di pasaran Bursa Malaysia, U.S dan Hong Kong.


Anda akan belajar:


✅ Platform pelaburan berisiko rendah
✅ Apa itu saham?

Kenapa perlu melabur saham?

✅️ Kelebihan U.S market berbanding pasaran Bursa Malaysia

✅️ Cara kenalpasti & elak penipuan pelaburan
Strategi jana pendapatan tambahan dari pasaran saham U.S
✅ Teknik Trading Scalping, Intraday, BTST & Swing
Cara cari saham U.S yang patuh syariah
Cara cari info berkaitan profile company, news, analysis target price saham U.S
Cara beli dan jual saham untuk menjana pendapatan dalam USD
Cara beli saham U.S dengan MODAL RM50
Cara buat paper trading 


YURAN HANYA RM1099 RM99 SAHAJA

UNTUK MENGUBAH MASA DEPAN ANDA!




Termasuk sarapan dan lunch!


Tempat terhad!!!
Ini peluang anda belajar cara buat duit tambahan & lindungi masa depan kewangan keluarga. Yang hadir akan maju ke depan, yang tak hadir akan terus ketinggalan.

[DAFTAR SEKARANG – SEBELUM PENUH!]



PROFIL PENCERAMAH:


1. TN. MD HASRIN BIN MD HASSIM

Md Hasrin Md Hassim adalah seorang pakar yang berpengalaman dalam pasaran saham di Malaysia, dengan lebih 33 tahun pengalaman. Beliau memulakan kerjaya sebagai Remisier dan Dealer pada tahun 1992, membina asas yang kukuh dalam pelaburan dan pengurusan perniagaan.

 Sorotan Kerjaya:

 • 
Ketua Urusan Pelaburan Institusi dalam Pasaran Ekuiti Public Investment Bank Berhad (2014 – 2025)

Tuan Hasrin menguruskan portfolio pelaburan untuk pelanggan runcit dan pelanggan bernilai tinggi, serta membimbing pelanggan institusi, termasuk GLIC, dalam aktiviti perdagangan mereka di Bursa Malaysia. Peranannya menekankan strategi jualan dan pemasaran yang berkesan, memudahkan urus niaga sekuriti dengan lancar.


 • Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) (2012 – 2020)

Semasa menjadi presiden, Tuan Hasrin memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesionalisme Remisier dan Dealer di dalam pasaran saham. Beliau sering bekerjasama dengan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mempromosikan pembangunan kemahiran serta menyediakan kelayakan peringkat Diploma dalam Technical Analysis dan Masters in Islamic Finance kepada para profesional industri.

 • 
Ahli Lembaga (ALK)
Koperasi Remisier Bumiputera Berhad (KRBB) (2014 – 2023)

Sebagai ahli lembaga, Tuan Hasrin bersama-sama menguruskan permohonan pelaburan di dalam saham IPO di bawah agensi MITI untuk ahli koperasi, bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ) untuk meningkatkan kesedaran berzakat dan memacu usaha kutipan zakat dalam komuniti remisier.

Sekarang, di samping menjawat jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Ekuiti Bumiputera Negeri Kedah (EKUIBUMI), beliau juga adalah Principal kepada Hasrin Hassim Academy, iaitu akademi saham yang ditubuhkan untuk memberikan pendedahan serta bimbingan di dalam pelaburan dan dagangan saham yang berstatus shariah kepada masyarakat awam.


2. DR RAFIDAH ABDUL AZIZ

Dr. Rafidah Abdul Aziz (Founder EPRAF indicator) adalah seorang pakar sains komputer yang telah membuat sumbangan besar dalam dunia pelaburan saham melalui penciptaan EPRAF Indicator, iaitu sebuah alat inovatif yang dapat membantu pedagang menganalisa pergerakan harga saham dengan mudah dan cepat.

 

Beliau memiliki latar belakang akademik yang kukuh, bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2000, Master Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007, dan PhD Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2017. Tesis beliau berfokus kepada "Learning Mechanisms in Variable Neighbourhood Search Algorithm for Solving University Course Timetabling Problem," yang menunjukkan kepakarannya dalam bidang  algoritma dan optimisasi. 

 

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pedagang separuh masa di Bursa Malaysia pada tahun 2015.  Pada 12 Mei 2021, beliau melancarkan indikator EPRAF yang kini telah dilanggan dan digunakan lebih 1,000 orang. Beliau juga berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam pasaran antarabangsa, dengan mula berdagang di Pasaran U.S pada Jun 2021. 

 

Pada 1 Mac 2022, beliau telah bersara secara pilihan dan menjadi pedagang sepenuh masa. Pada Januari 2023, beliau menerbitkan e-book "Teknik Scalping, Intraday, BTST dan Swing," dan pada Ogos 2023, beliau mula berdagang di Pasaran Hong Kong. Prestasi cemerlangnya sebagai pedagang sepenuh masa diiktiraf apabila beliau menjadi salah satu daripada pemenang Top 15 Highest Total Trade Value (TTV) dalam Invest Shariah Retail Campaign 2022 oleh Bursa Malaysia. Kini, Dr. Rafidah merupakan seorang pedagang sepenuh masa di pasaran Bursa Malaysia, U.S, dan Hong Kong.

 

    Kerjaya Terkini:

  • Director EPRAF Global Sdn. Bhd.

·     Marketing Representative Webull Malaysia

·       Coach saham di Hasrin Hassim Academy


Sorotan Kerjaya lalu:

·       Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA

·       Ketua Jabatan Sains Kuantitatif, Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor

·       Ketua Program BTEC Higher National Diploma (HND) in Computing, (Program usahasama MARA dengan Pearson Edexcel UK)

·       Ketua Unit Peperiksaan dan Persijilan, Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor

·       Pensyarah Sains Komputer, Kolej Profesioanal MARA Beranang, Selangor


Klik Testimoni untuk menoton maklumbalas pelanggan kami

Seminar dan Bengkel yang telah kami laksanakan...













CONTACT US :

HASRIN HASSIM ACADEMY SDN. BHD.

Tel: 013 - 3575041









Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
1 TIKET SEMINAR CELIK SAHAM PATUH SYARIAH DI U.S MARKET : "USD PERTAMA ANDA BERMULA DI SINI!"
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Online banking atau Mesin Deposit Tunai.
PenamaHASRIN HASSIM ACADEMY SDN. BHD.
No. Akaun101730011776
Buka affinOnline